Thursday, August 5, 2010

Keturunan Tuan Hj Shahid bin Hj Noor (belah mak)

















Keturunan Hj Abd Jalal Bin Hj Taib (belah bapa)














































Latar Belakang Ibubapa kami...

Bapa kami bernama Hj Juma'at Bin Hj Abd Jalal...beliau telah dilahirkan pada 19hb Disember 1936 di Kampung Sungai Sudah, Muar Johor. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 14 orang adik beradik. Manakala ibu kami bernama Hjh Patimah Binti Hj Taib...beliau telah dilahirkan pada 25hb April 1942 di Kampung Parit Setongkat, Muar Johor. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 9 orang adik beradik...Kini ibubapa kami menetap di Felda Chemplak,Labis Segamat Johor dan mereka dikurniakan anak seramai 9 orang iaitu 2 lelaki dan 7 perempuan.

Monday, May 24, 2010

Doakan Kesihatan Bapa Kami Pulih Semula...

Sejak minggu lepas, kesihatan bapa kami tidak berapa baik kerana faktor umur yang sudah meningkat dan badan yang lemah...
Kami bermohon agar bapa kami dapat meneruskan kehidupan dengan baik dan sihat hendaknya...amin.
Bagi kami hargailah apa yang ada sekarang dan sedar bahawa membahagiakan dan membantu ibubapa dari mula tidak mengira waktu dan usia kita sebelum terlambat mereka meninggalkan kita..
Sedarlah wahai anak-anak semua, Ibubapa telah memberikan kita kebahagiaan dan mendidik kita dari kecil sehingga dewasanya kita...dengan itu balaslah jasa mereka...

Thursday, April 1, 2010

Norazah Family


Norazah merupakan anak keempat daripada 9 adik beradik. Suaminya bernama Salleh Saman. Mempunyai 5 orang anak iaitu Mohd Nazrin, Mohd Nazmi, Nur Hidayah, Mohd Naim dan Nur Hazwani

Rudziah Family


Rudziah merupakan anak kedua daripada 9 adik beradik. Suaminya bernama Alias Salam. Mempunyai 6 orang anak iaitu Abd Hakim, Abd Halip, Abd Hazim, Abd Hadin, Norkhalisa dan Abd Haris.

Wednesday, March 31, 2010

Myvi & Kenangan


Hari ini aku drive kereta baru..
Perodua Viva 1.0 series..
Warna silver..
Tapi sedih rasanya malam tadi bila tengok Myvi kesayangan aku jauh pergi..
Tapi nak wat macam dah x de rezeki dengan Myvi tu..
Tapi nasib baik masa pegi Care4 last week terjuper Replika Myvi dalam trolley..
Apa lagi amik ahh..hehe..
Untuk jadikan kenangan silam..
Hukhukhuk..